Tuesday, April 13, 2010

Ranjau

Zaman sekolah menengah adalah zaman yang paling seronok pernah hadir dalam hidupku.
Angin sepoi-sepoi bahasa, daun-daun pokok yang melambai-lambai dan suasana sekolah menengah yang kelihatan sangat berbeza dengan zaman persekolahan dahulu mengamit kenangan-kenangan yang sukar untuk aku lupakan.Aku dimana?Kini setelah menjangkau usia 30 tahun kenangan itu masih terpahat dalam diriku.Aku sungguh berbahagia mengenangkannya.

Aku bukanlah pelajar yang pintar atau cemerlang, namun aku mendapat kepercayaan menjadi seorang pengawas daripada guru displin yang memilihku.Namun itu bukanlah kebanggaanku.Aku cuma bernasib baik.Sekurang-kurangnya sijil berhenti sekolah ada tercatat jawatan pengawas, yang mungkin menjadi pertimbangan pihak universiti untuk aku melanjutkan pelajaran nanti.

Aku percaya tumbuh-tumbuhan, unggas , serangga dan binatang adalah makhluk tuhan yang mendengar bila kita meluahkan apa sahaja kepada mereka.Hari-hari menjelang peperiksaan SPM yang aku lalui adalah hari-hari yang paling aku takuti.Mak dan ayah sangat-sangat menaruh harapan yang tinggi terhadapku.Aku anak sulung yang terpaksa memikul beban yang sangat berat.Mungkin kebanyakan orang seperti aku perlu bersaing dengan sanak sedara yang sebaya dan ahli keluarga akan membanding-bandingkan keputusan peperiksaan yang diterima nanti.Itu normal. Namun beban yang aku galas mungkin lebih lagi kerana selama ini aku bukanlah dianggap sebagai anak yang bijak.Suatu ketika dahulu aku mempunyai seorang adik lelaki yang bijak.Ayah dan ahli keluarga sangat berbangga dengannya.Aku terpinggir.Namun kerana Allah menyayanginya, dia telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini.Semua kejadian ada hikmahnya.

Hatiku remuk, sedih, kecewa dan pedih kerana aku sering di perli, dicemuh oleh nenek.Malah cemuhan nenek yang sampai ke telinga mak membuatkan mak lebih tertekan.
Aku tahu semua kata-kata mak yang menyakitkan hati kepada aku kerana tertekan dengan kata-kata nenek yang selalu mengejek aku.

" Aku dah kata, bawa anak kau tu berubat.Bagi otak dia tu tak lembab.Minta air penawar.Air penerang hati.Ini aku tengok mengaji pun terangkak-rangkak.Periksa pun dapat keputusan corot je.Kau tengok anak angah kau tu.Hidup susah, tapi anak bijak-bijak."kata nenek pada mak.

Saat ini airmataku mengalir deras, kata-kata nenek aku dengari dari dalam bilik.Rumah nenek rumah papan beratapkan zink, kalau cakap berbisik mungkinlah tidak didengari.Aku bukan bodoh sangat, cuma kadangkala aku tak berpeluang untuk menumpukan perhatianku pada pelajaran.

Mak dan ayah kerja kilang.Biasalah kerja kilang ada shif.Mungkin aku anak perempuan dan sulung, mak telah ajar aku supaya mengemas rumah sejak aku kecil lagi.Walaupun dulu semasa arwah adik ada lagi mak ada upah orang gaji tapi mungkin semulajadi memang aku suka mengemas. Kadangkala aku suka buat kejutan kepada ayah dan mak. Aku suka mengubahsuai aturan perabot-perabot dirumah.Ternyata mak gembira.Tapi itu cerita lama ketika zaman kanak-kanak.

Nora,

Basuh kain
Jemur Kain
Lipat kain
Menyapu
Mop Lantai
Lap perhiasan

nota : Mak nak semua ni siap bila mak balik nanti.


Secebis nota mak tinggalkan atas meja, seperti biasa ada saja pesanan-pesanan mak yang perlu aku lakukan sekembali aku pulang dari sekolah. Rasa penatnya bila membaca nota tu. Orang lain...kawan-kawan lain pulang dari sekolah ada tersedia makanan tengahari untuk anaknya makan, mungkin ada yang bermain-main, menonton tv, tidur atau buat kerja sekolah.Tapi aku?Bukankah sepatutnya dilakukan oleh mak?Pernah juga aku memberontak tak melaksanakan salah satu tugasan yang diberikan oleh mak.

" Kau ni kan.Aku dah pesan buat semua tu.Apa kau buat kat rumah ni ha?terkangkang je ye?"Panggg....satu penampar singgah ke pipi ku.

bersambung......

No comments:

Post a Comment