Tuesday, June 21, 2011

Part 7

Aku bukan lah perlajar atau pengawas yang boleh buat contoh. Tetapi mungkin rezeki agaknya dari darjah 6 hingga tingkatan 5 aku dilantik menjadi pengawas. Apa yang guru displin nampak pada aku pun tak tau la.

Walaupun waktu ni aku perlu bertugas di kantin, tapi hari ni aku cilok juga makan bersama dengan ida dan fizah. Bagi aku apalah yang aku perlu awaskan di kantin ini. Selagi tiada pergaduhan buat apa aku ke hulur ke hilir mundar mandir memerhatikan orang. Rimas orang di buatnya. Sambil makan pun aku boleh juga mengawas. Tetapi sebab itu adalah skop tugas dan menyatakan pengawas perlu rehat awal dan berjaga semasa bertugas nyata itu satu peraturan.

Sambil sembang dan makan-makan terlihat kelibat Nurzana selaku Penolong Ketua Pengawas memerhati anak-anak buah samada menjalankan tugas atau tidak. Bagaimanapun aku mampu menyorokkan diri, walaupun badanku besar tapi hal-hal begini aku sedikit licik.

Kringggggg...loceng tamat rehat berbunyi..
Aku,Fiza dan ida berjalan menuju ke tangga Blok E. Namun sebelum itu kami melalui kaki lima kelas akaun 5 Damai. Budak-budak kelas ni ramai yang kami kenal, dek kerana mereka menumpang kelas kami semasa di tingkatan 4. Biasanya semasa subjek pendidikan agama islam.

Rakan yang paling rapat dengan aku semasa di tingkatan 4 kelas Damai ni Shafinas. Dia duduk sebelah aku. Orangnya lemah lembut. Seingat aku, selalu juga aku bercerita perihal malaun pada dia. Kebetulan semasa kelas agama semasa itulah kelas malaun ada aktiviti jasmani di padang. Sewaktu di tingkatan 4 kelas aku di Blok A, dari tingkap kelas boleh dilihat padang sekolah yang terbentang luas bersama bangunan asrama penuh.

Kenapa aku bercerita perihal malaun pada dia? Ianya kerana Shafinas selalu bertanya siapa yang aku minati ditambahkan pula fizah dan ida duduk di depan kami selalu sahaja menyakat aku. Lagi pun harapan aku supaya cik yang lemah lembut tu tak lah berkeinginan menjadi perampas.

Tetiba..langkah aku terhenti..helai tawa juga berhenti apabila ida dan fizah yang berjalan seiring denganku menepuk dan minta aku menoleh ke arah kelas Damai..

Wawawawawa...tersekat kerongkong umpama sebiji batu berada di tekakku. Aku tak mampu bersuara..hatiku pedih...sakit...malu...dan terasa dipermainkan.

Aku berlari..


bersambung...

Sunday, June 19, 2011

Part 6

Sejuk je mata aku melihat anak ku sedang tidur.
Wahai anak..engkau la pengubat hati mak.
Alhamdulilah..selamat aku melahirkannya walaupun susah payah ketika mengandungkannya. Tetapi saat melahirkannya walaupun secara pembedahan , selepas itu tidak lah menyakitkan. Rasanya sakit ketika sengugut lagi teruk.
Mengandungkannya sememangnya suatu pengalaman yang sangat-sangat menyakitkan namun bila anak ini dilahirkan aku terasa sangat bertuah. Bayi lelaki yang kulahir ini akan ku didik menjadi anak soleh.

Bila ku pandang lama-lama terasa sayu pula hati ini. Aku bersyukur tuhan KAU kurniakan aku zuriat ini. Anak yang kulahirkan ini tidak banyak kerenahnya, ramai yang memuji mengatakan anak ini budak yang baik kerana jarang sekali melihatnya menangis.

Alhamdulillah...Sewaktu dalam pantang ini aku menyusukannya sepenuhnya. Penat memang penat kerana aku tidak boleh menyusukannya secara berbaring, takut-takut aku yang tertidur.
Malah puting susu yang kecil menyukarnya untuk menyusu. Terpaksalah aku duduk menyusukannya. Paling lama dia menyusu selama 2 jam. Lama sunguh..patah pinggangku dibuatnya. Tapi keranamu anak..mak sanggup buat apa sahaja.

Setiap kali memandangnya..aku akan bisik ke telinganya menyatakan aku sangat sayangkan dia..mak bersyukur kerana dia budak yang baik..mak memohon besar nanti jadi anak yang baik.
Sesekali air mataku tumpah dek kerana terharu sangat dengan kurniaan ALLAH ini.

Sepanjang hidupku ini adalah peristiwa kedua paling gembira singgah ke dalam lipatan hidupku.Moga akan ada lagi kebahagian yang menyusul.

Ku pangku anakku..terlihat mulutnya mencari-cari dadaku. Ku berikan susu badanku,.
Pandai dia mengisap, sejak hari pertama kelahiranya memang dia pandai mengisap.
Sayang anak mak...air mataku mengalir lagi.

"Wei..kau jaga kantin ke hari ni?"tanya ida
"Iyelah..."
"Kenapa kau turun lewat hari ni?"tanya ida lagi.
Macam tu lah kebiasaanya pengawas boleh rehat lebih awal dari pelajar. Sebab perlu berjaga ketika pelajar sedang rehat.
"Takpelah..boringlah makan seorang.Si Punitha tak datang."balas aku. Punitha rakan pengawas yang rapat dengan aku. Biasanya kami akan rehat bersama.
"Kau dah makan belum?"tanya fizah
"Belum...kau tolong belikan boleh?"
"Kau nak pe?"
"Burger je la..air anggur. nah duit."

bersambung....

Monday, June 13, 2011

Part 5

Wahai hati tabahlah dikau. Suatu hari nasibmu akan berubah. Suatu hari mak dan ayah akan tahu anaknya inilah yang banyak berbakti. Hakikatnya mungkin anak sulung memang begini.
Banyak tangungjawab yang dibebani.Eh iye ke? Hmm....takpelah..apa boleh aku buat. Mereka orang tuaku. Mak yang melahirkan aku. Mungkin sudah tersurat, dugaan ini yang aku perlu tempoh.

Jam telah menunjukkan pukul 9.00 malam. Aku bingkas bangun mengerjakan solat isyak. Ku pohon agar aku dapat keluar dari bebanan emosi yang ku tanggung. Moga keputusan SPM bakal merubah nasib diriku. Selesai solat, ku capai buku sejarah. Salin nota berjela-jela sampai 4 muka surat buku nota panjang. Malam itu aku tidur jam 12.00 tengahmalam. Tidak sempat menyiapkan latihan matematik. Esok je la..tiru fizah ke..ida.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Alamak..lewat pula bangun. Jam dah menunjukkan pukul 7.00 pagi..hari ni ada perhimpuanan. Cepat-cepat masuk bilik air..jirus dua tiga gayung, gosok gigi, basuh muka dan menapak ke sekolah. Hai..memalukan. Aku ni pengawas , aku pula yang datang lewat. Tapi sebab pengawas aku tak lah didenda. Malu je lah pada rakan-rakan pengawas yang lain.

Bergegas aku meletakkan beg dalam bilik pengawas, kemudian..cewah lagak seorang pengawas, buat macam tak bersalah ambil tugasan menjaga barisan kelas yang ditetapkan di tapak perhimpunan.

"Assalammualaikum..hari ni kita akan umumkan kelas terkotor dan kelas terbersih, wakil kelas naik ke pentas untuk menerima hadiah "umum Cikgu Sabariah

Semua perlajar ternanti-nanti kelas manalah yang dinobatkan kelas terbersih. Kelas yang mendapat kelas terkotor tentu mendapat malu.

"Kelas terbersih pada minggu ini jatuh kepada kelas 5 Cergas! dan ketua kelas sila naik ke pentas untuk menerima hadiah.."

Bersoraklah kami kelas 5 Cergas kerana penghargaan itu. Memang bebudak kelas aku ni kreatif dan berinovasi. Maklumlah semuanya perempuan. Malu kalau dinobatkan kelas terkotor.
Pelbagailah amanat yang diberi oleh cikgu yang bertugas pada minggu ini supaya para perlajar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan sekolah. Para perlajar pun mulai gelisah, bercakap-cakap sesama kawan-kawan kerana matahari semakin naik. Amanat yang di umumkan ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Para pengawas, sibuk berjalan ke sana ke mari meminta perlajar-perlajar senyap dan menumpukan perhatian. Ada yang kisah, ada juga yang tak kisah. Aku pun jaga ni sebab tanggungjawab sebagai pengawas. Kalau aku di tempat mereka aku juga bosan.

Sesekali aku berjalan menjengok kelas 5 Sains tulin. Ada ke tak dia hari ni..tapi tak nampak pun batanng hidung dia..tak datang ke hari ni? Aku hanya nampak faizal dan protozoa.

Sedang aku asyik memerhati, Johnathon dan Vijay melintas di hadapan aku..huh...wajah aku dan hati aku yang layu berubah ceria. Hui...hensemnya Johnathon ni..bila dia tersenyum ke arahku lagi bertambah-tambah lah seri wajah aku.Ishh...gatalnya aku.

"Fizah...ida...siap tak keja matematik?pinjam jap.Aku tak sempat nak buat."
Lantas kedua-dua menyerahkan buku latihan matematik kepada aku. Wah beruntungnya aku dapat kawan macam ni. Sentiasa ada je bantuan ketika aku susah. Sebelum cikgu matapelajaran masa pertama masuk aku kena siapkan latihan ni.

Laju sahaja tangan aku meniru. Apa nak jadilah dengan aku ni. Sudahlah matematik ni aku lemah. Ah..lantak lah..janji aku tak dimarahi atau mendapat malu.

bersambung...









Sunday, June 12, 2011

Part 4

Letihnya pula hari ni...tak seronok betul bila tiba hari sabtu.
Sabtu dan Ahad tak bersekolah, jadi rutin harian aku menjaga adik dan mengemas rumah.
Kalau sempat buatlah kerja sekolah.
Bila cerita kerja sekolah, memanjang je aku jarang buat. Hai..pengawas apa lah aku ni ye.
Layan kerenah adik aku si linda ni memenatkan. Tambahan seperti biasa bila mak shif pagi banyaklah pesanan-pesanan atas meja.

Kebiasaannya jika aku ke sekolah mak hantar adik rumah jiran bawah. Adik baru berusia 4 tahun.
Sewaktu adik masih kecil dari itu, ibu fizah juga yang menjaganya. Aku tak pasti kenapa mak tak terus hantar adik rumah ibu fizah. Tapi mungkin bila hantar rumah jiran dekat sikit , bila balik sekolah aku senang nak ambil.

Melayan kerenah adik aku ni memenatkan juga, tambahan pula degilnya...hai tuhan sahaja yang tahu. Nasiblah perempuan. Memang itu doa aku ketika mak mengandung. Aku tak mahu adik lelaki. Cukuplah aku rasa peritnya menjadi kakak kepada seorang adik lelaki. Bukan aku tak sayang. Tentunya darah daging aku sendiri, pastinya aku sayangkan arwah adik lelaki aku.
Sikap mak dan ayah yang aku rasa pilih kasih sangat-sangat terkesan dihati aku. Apa-apa pun moga arwah diberkati dan bahagia di alamnya.

Mak habis shif jam 3.00 petang. Paling awal mak sampai rumah dalam jam 3.40 petang. Aku kena selesaikan tugasan yang mak beri ni. Aku tak nak dengar mak bising. Nanti aku juga sakit hati. Pertama, apapun pagi ni kena masak sekali untuk tengahari. Mak dan ayah balik nak makan. Adik nak makan. Aku lagilah..pastilah kena makan.

"alynn..jangan kacau akak..akak nak kemas ni.Pi tengok tv tu. Cerita kartun."tegur aku bila alynn sibuk mengekori aku.

Hmm...dulu mak ada upah orang gaji. Tapi sebabkan aku ada ..orang yang boleh diharapkan menjaga adik, mak tidak mengupah orang gaji lagi.Aku terasalah juga diri ni seolah macam orang gaji.Sebabnya bila tugasan yang mak beri, marahnya mak seperti aku ni bukan anak sendiri. Macam kuli!macam orang gaj!.
Kadang kala bila terfikir harapan mak ayah pada aku..sungguh aku rasa tak adil. Aku dianggap bodoh...aku di katakan pemalas..bila kerja-kerja mengemas rumah tidak dapat aku sempurnakan dan aku juga diminta menjadi perlajar pintar dan jangan sesekali memalukan mak dan ayah.

Ring..ring...

"Hello..."sambut aku
"Hmm...buat apa nak?"suara mak kedengaran di gagang telefon
"Menyapu..."lemah sahaja jawapan aku
"Adik buat apa?"tanya mak
"Tadi tengok tv..lepas makan tidur"
"Ha...buat apa yang mak suruh tu jangan tak buat lak"tegas mak
"emm..."lemah lagi jawapan aku.

Tadi dah masak..dah sapu.dah mop lantai..dah kemas dapur..dah basuh baju..hai malas betul nak sidai baju. Kerja sekolah matematik dan sejarah tak siap lagi.

"Allah...dah jam 3.20.."detik hatiku cemas. Tadi aku tertidur disebelah adik. Konon nak baring kejap saja..dekat sejam aku terlelap. Kain tak bersidai lagi...

Adik pun terbangun sama bila aku tergopoh gapah bangun sambil mengangkat besin berisi kain baju yang penuh..

"nak susu...nak susu.."
aduh adik aku ni..masa ni pula la dia nak minta itu ini. Aku cepat-cepat sediakan susu untuk dia. Adik berbaring depan tv sambil menghisap susu dan aku bergegas menyidai kain..

"assalammualaikum..."terdengar suara ayah..
Cepat-cepat aku angkut besin kosong ke dalam bilik air. Tempatkan semula pada kedudukan asal.
Mak terus ke dapur meneguk secawan air , kemudian memeriksa lantai rumah..di kesat-kesat kaki dan jarinya ..


bersambung...

Friday, June 10, 2011

Part 3

"wei...protozoa la..."usik aku pada fizah..
"eh..faizal la.."usik fizah pada Ida
"Hmm...mana lak..si malaun tu?"usik Ida pada aku
Kami duduk sebaris didalam kelas..3 meja sebaris.Jadi selalu la kami bergosip dan mencuci mata pujaan hati. Protozoa..malaun hanya gelaran je..cuma faizal kami tak tau nak gelar apa.
Mereka kelas Sains tulin. Ida memang ada hati dengan Si faizal ni...dan aku sendiri ada kisah tersembunyi sejak dari tingkatan 1 pada malaun. Protozoa kami saja gosipkan dengan fizah..lelama nampak macam fizah pun suka..hehehehehe.

"Jeng..jeng..tu dia"ida mencelah semula..
Hatiku berdebar sahaja melihat pujaan hati lalu di kaki lima kelas. Budak-budak lelaki Sains tulin perlu melalui kaki lima kelas aku untuk pergi ke tandas.
Sememangnya hari rabu petang waktu yang ditunggu-tunggu kerana mereka akan lalu di kaki lima kelas selepas penat bermain bola untuk PJK.

Terasa hati bahagia dan berbunga-bunga saja..heheheh..aku ni perasan kot .Ntah-ntah dia tak ada perasaan apa-apa pun. Dia..adalah inspirasi aku untuk datang sekolah setiap hari. Sekiranya dia tidak lalu di kaki lima ini, aku terasa tidak gembira datang ke sekolah.
Dia juga dorongan aku untuk tidak memalukan diri sendiri dengan keputusan SPM yang tidak bagus. Selain dari tanggapan negatif mak dan ayah terhadap kecerdasan aku..SPM yang bakal aku duduki 6 bulan lagi tidak akan aku jadikan sebuah mimpi ngeri.
Hanya jauh dari mak dan ayah sahaja membebaskan diri ini dari kongkongan dan kesedihan aku selama ini.

Aku mulai dengan solat hajat setiap hari dan membaca al-quran selepas maghrib. Berdoa dengan sesungguhnya supaya kehidupan aku berubah.

Setiap hari berjalan kaki ke sekolah aku bercakap dengan pokok..rumput dan tumbuhan lain di sepanjang perjalanan ke sekolah mengadu dan meminta doa dari mereka. Mereka juga hidup, tentu mereka juga berdoa..

"Hai...handsome kan?"kata aku pada Ida
Ida dan Fizah tersengih mengejek aku
"Dah suka..tak handsome pun jadi handsome"celah fizah
"hey..memang handsome apa..kau rasa dia suka aku tak ida?"
Memandangkan aku pernah sekelas dengan Si dia dan ida juga sekelas denganku dari tingkatan 1 hingga 3 jadi pandangan ida aku ingin ketahui
"tak tau la..kalau dulu-dulu..cam suka..tapi dia kan suka bergaul dengan perempuan dulu..susah nak kata.Tapi sekarang dia nampak lain sikit..agaknya masuk kelas Sains tulin kot. Budak pandai..kelas pun ramai Cina. Kau tak cuba tegur dia ke?Kan korang dulu baik"kata Ida
"Dah besar ni..rasa segan lak...cuma kekadang bila bertembung..berselisih dan mata bertemu mata...macam ada sesuatu je. Tapi tak tau la..aku je rasa atau dia pun rasa sama. Tapi aku rasa dia suka aku la ida.."
"hmm...mungkin juga..kadang-kadang bila kita bertembung dengan dia..pasti dia pandang kau penuh makna" sambung fizah
"Ooo.aku tak perasan..mungkin tu satu petanda...ada peluang ni"laga bahu Ida pada aku
Aku sengih saja..dan terkenang zaman sekolah menengah rendah. Memang dia rapat dengan aku dulu. Sering mempelawa diri untuk ajar subjek matematik. Memang subjek tu paling aku lemah dan paling dia pandai pun.

bersambung...

Thursday, June 9, 2011

Part 2

"Kenapa murung je nora?"tanya fizah
"tak ada apa-apa"?
Sebenarnya hari yang aku lalui di sekolah tidak seronok seperti biasa. Aku sedih mengenangkan hal semalam. Pipi dan hati ku masih terasa sakit dengan tindakan mak semalam.
Kenapa mak buat aku macam ni. Aku inginkan ibu seperti fizah. Ibunya seorang surirumah tangga sahaja, ibunya pernah membela aku semasa aku kecil. Sememangnya ibu dan bapanya kenalan mak dan ayah . Ketika umurku 5 ke 6 tahun mak mengupah ibu fizah untuk menjagaku kerana mak dan ayah terpaksa bekerja untuk menampung hidup. Mak dan ayah bukan asalnya orang senang. Sewaktu itu kami duduk di rumah papan di padang jawa. Aku berpisah dengan ibu fizah dan keluarga ketika masuk ke darjah 1. Ayah membeli rumah di Shah Alam.

Ketentuan illahi aku bertemu kembali dengan Fizah semasa sama-sama menuntut di sebuah sekolah menengah yang sama. Fizah sebaya dengan aku. Seronok sungguh bila bertemu kenalan lama. Malah aku selalu juga berkunjung ke rumah Fizah menemui keluarganya dan kebetulan mereka sekeluarga juga tinggal tidak jauh dari rumah aku.

Ketika aku sedih dan berduka kadangkala aku meluahkan isihati ku pada ibunya.
Ibu Fizah orangnya tidaklah terlalu lembut tetapi tegas. Ibunya memberikan kebebasan kepada anak-anak namun kasih sayang yang diberi membina jati diri anak-anaknya tahu menjaga diri dan batas-batas kehidupan. Aku ingin sekali mak bersikap begitu..tapi mak sememangya tidak memahami aku.

"Aku mak kau!"
"Aku ada hak kat kau. Apa yang aku cakap kau kena ikut!"

Hai terdengar-dengar ungkapan itu di telinga ini bila mengenangkan nasib diri. Mengapa mak suka mengungkapkan kata-kata itu bila aku memprotes?
Sukar ke seorang mak untuk mendengar dan memahami isi hati aku?
Dengar la mak..dengarlah..anak mak cukup terguris dengan kata-kata itu.

"Nora..nora...hey nora!"aku tersentak dengan panggilan itu.
" La..hai..kau ni kenapa?"tanya fizah lagi
"Kau ada masalah dengan mak kau ke?"
Sememangnya kau sahabat sejati aku..hmmm...
"A'ah "aku mengangguk
"Aku dah agak dah. Apa mak kau buat?"
Aku mengeleng kepala, tidak bersedia untuk menceritakannya.
Biarlah aku tanggung kesedihan ini seketika. Selagi aku mampu berselindung aku akan selindungkan. Itu mak aku..tidak elok aku bercerita keburukan mak kepada orang lain.
Selagi mampu aku tanggung aku cuba tanggung gelora di hati ini.

Cikgu Zabedah pun telah masuk. Aku dan fizah meneruskan pembelajaran seperti biasa. Subjek ekonomi asas memang sangat-sangat aku minati. Cikgu Zabedah lembut orangnya, tutur katanya teratur dan sifat keibuannya cukup terserlah. Bila mendengar setiap patah katanya, alangkah seronok dan gembiranya aku jika mak juga tutur katanya seperti Cikgu Zabedah.Terubat sedikit rasa sedih dihati tambahan pula Cikgu Zabedah selalu memuji aku kerana pengetahuan aku berkenaan subjeknya sangat baik.

Hai..terima kasih Cikgu kerana mengubat sedikit kesedihan aku.

bersambung....

Tuesday, April 13, 2010

Ranjau

Zaman sekolah menengah adalah zaman yang paling seronok pernah hadir dalam hidupku.
Angin sepoi-sepoi bahasa, daun-daun pokok yang melambai-lambai dan suasana sekolah menengah yang kelihatan sangat berbeza dengan zaman persekolahan dahulu mengamit kenangan-kenangan yang sukar untuk aku lupakan.Aku dimana?Kini setelah menjangkau usia 30 tahun kenangan itu masih terpahat dalam diriku.Aku sungguh berbahagia mengenangkannya.

Aku bukanlah pelajar yang pintar atau cemerlang, namun aku mendapat kepercayaan menjadi seorang pengawas daripada guru displin yang memilihku.Namun itu bukanlah kebanggaanku.Aku cuma bernasib baik.Sekurang-kurangnya sijil berhenti sekolah ada tercatat jawatan pengawas, yang mungkin menjadi pertimbangan pihak universiti untuk aku melanjutkan pelajaran nanti.

Aku percaya tumbuh-tumbuhan, unggas , serangga dan binatang adalah makhluk tuhan yang mendengar bila kita meluahkan apa sahaja kepada mereka.Hari-hari menjelang peperiksaan SPM yang aku lalui adalah hari-hari yang paling aku takuti.Mak dan ayah sangat-sangat menaruh harapan yang tinggi terhadapku.Aku anak sulung yang terpaksa memikul beban yang sangat berat.Mungkin kebanyakan orang seperti aku perlu bersaing dengan sanak sedara yang sebaya dan ahli keluarga akan membanding-bandingkan keputusan peperiksaan yang diterima nanti.Itu normal. Namun beban yang aku galas mungkin lebih lagi kerana selama ini aku bukanlah dianggap sebagai anak yang bijak.Suatu ketika dahulu aku mempunyai seorang adik lelaki yang bijak.Ayah dan ahli keluarga sangat berbangga dengannya.Aku terpinggir.Namun kerana Allah menyayanginya, dia telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini.Semua kejadian ada hikmahnya.

Hatiku remuk, sedih, kecewa dan pedih kerana aku sering di perli, dicemuh oleh nenek.Malah cemuhan nenek yang sampai ke telinga mak membuatkan mak lebih tertekan.
Aku tahu semua kata-kata mak yang menyakitkan hati kepada aku kerana tertekan dengan kata-kata nenek yang selalu mengejek aku.

" Aku dah kata, bawa anak kau tu berubat.Bagi otak dia tu tak lembab.Minta air penawar.Air penerang hati.Ini aku tengok mengaji pun terangkak-rangkak.Periksa pun dapat keputusan corot je.Kau tengok anak angah kau tu.Hidup susah, tapi anak bijak-bijak."kata nenek pada mak.

Saat ini airmataku mengalir deras, kata-kata nenek aku dengari dari dalam bilik.Rumah nenek rumah papan beratapkan zink, kalau cakap berbisik mungkinlah tidak didengari.Aku bukan bodoh sangat, cuma kadangkala aku tak berpeluang untuk menumpukan perhatianku pada pelajaran.

Mak dan ayah kerja kilang.Biasalah kerja kilang ada shif.Mungkin aku anak perempuan dan sulung, mak telah ajar aku supaya mengemas rumah sejak aku kecil lagi.Walaupun dulu semasa arwah adik ada lagi mak ada upah orang gaji tapi mungkin semulajadi memang aku suka mengemas. Kadangkala aku suka buat kejutan kepada ayah dan mak. Aku suka mengubahsuai aturan perabot-perabot dirumah.Ternyata mak gembira.Tapi itu cerita lama ketika zaman kanak-kanak.

Nora,

Basuh kain
Jemur Kain
Lipat kain
Menyapu
Mop Lantai
Lap perhiasan

nota : Mak nak semua ni siap bila mak balik nanti.


Secebis nota mak tinggalkan atas meja, seperti biasa ada saja pesanan-pesanan mak yang perlu aku lakukan sekembali aku pulang dari sekolah. Rasa penatnya bila membaca nota tu. Orang lain...kawan-kawan lain pulang dari sekolah ada tersedia makanan tengahari untuk anaknya makan, mungkin ada yang bermain-main, menonton tv, tidur atau buat kerja sekolah.Tapi aku?Bukankah sepatutnya dilakukan oleh mak?Pernah juga aku memberontak tak melaksanakan salah satu tugasan yang diberikan oleh mak.

" Kau ni kan.Aku dah pesan buat semua tu.Apa kau buat kat rumah ni ha?terkangkang je ye?"Panggg....satu penampar singgah ke pipi ku.

bersambung......