Sunday, June 12, 2011

Part 4

Letihnya pula hari ni...tak seronok betul bila tiba hari sabtu.
Sabtu dan Ahad tak bersekolah, jadi rutin harian aku menjaga adik dan mengemas rumah.
Kalau sempat buatlah kerja sekolah.
Bila cerita kerja sekolah, memanjang je aku jarang buat. Hai..pengawas apa lah aku ni ye.
Layan kerenah adik aku si linda ni memenatkan. Tambahan seperti biasa bila mak shif pagi banyaklah pesanan-pesanan atas meja.

Kebiasaannya jika aku ke sekolah mak hantar adik rumah jiran bawah. Adik baru berusia 4 tahun.
Sewaktu adik masih kecil dari itu, ibu fizah juga yang menjaganya. Aku tak pasti kenapa mak tak terus hantar adik rumah ibu fizah. Tapi mungkin bila hantar rumah jiran dekat sikit , bila balik sekolah aku senang nak ambil.

Melayan kerenah adik aku ni memenatkan juga, tambahan pula degilnya...hai tuhan sahaja yang tahu. Nasiblah perempuan. Memang itu doa aku ketika mak mengandung. Aku tak mahu adik lelaki. Cukuplah aku rasa peritnya menjadi kakak kepada seorang adik lelaki. Bukan aku tak sayang. Tentunya darah daging aku sendiri, pastinya aku sayangkan arwah adik lelaki aku.
Sikap mak dan ayah yang aku rasa pilih kasih sangat-sangat terkesan dihati aku. Apa-apa pun moga arwah diberkati dan bahagia di alamnya.

Mak habis shif jam 3.00 petang. Paling awal mak sampai rumah dalam jam 3.40 petang. Aku kena selesaikan tugasan yang mak beri ni. Aku tak nak dengar mak bising. Nanti aku juga sakit hati. Pertama, apapun pagi ni kena masak sekali untuk tengahari. Mak dan ayah balik nak makan. Adik nak makan. Aku lagilah..pastilah kena makan.

"alynn..jangan kacau akak..akak nak kemas ni.Pi tengok tv tu. Cerita kartun."tegur aku bila alynn sibuk mengekori aku.

Hmm...dulu mak ada upah orang gaji. Tapi sebabkan aku ada ..orang yang boleh diharapkan menjaga adik, mak tidak mengupah orang gaji lagi.Aku terasalah juga diri ni seolah macam orang gaji.Sebabnya bila tugasan yang mak beri, marahnya mak seperti aku ni bukan anak sendiri. Macam kuli!macam orang gaj!.
Kadang kala bila terfikir harapan mak ayah pada aku..sungguh aku rasa tak adil. Aku dianggap bodoh...aku di katakan pemalas..bila kerja-kerja mengemas rumah tidak dapat aku sempurnakan dan aku juga diminta menjadi perlajar pintar dan jangan sesekali memalukan mak dan ayah.

Ring..ring...

"Hello..."sambut aku
"Hmm...buat apa nak?"suara mak kedengaran di gagang telefon
"Menyapu..."lemah sahaja jawapan aku
"Adik buat apa?"tanya mak
"Tadi tengok tv..lepas makan tidur"
"Ha...buat apa yang mak suruh tu jangan tak buat lak"tegas mak
"emm..."lemah lagi jawapan aku.

Tadi dah masak..dah sapu.dah mop lantai..dah kemas dapur..dah basuh baju..hai malas betul nak sidai baju. Kerja sekolah matematik dan sejarah tak siap lagi.

"Allah...dah jam 3.20.."detik hatiku cemas. Tadi aku tertidur disebelah adik. Konon nak baring kejap saja..dekat sejam aku terlelap. Kain tak bersidai lagi...

Adik pun terbangun sama bila aku tergopoh gapah bangun sambil mengangkat besin berisi kain baju yang penuh..

"nak susu...nak susu.."
aduh adik aku ni..masa ni pula la dia nak minta itu ini. Aku cepat-cepat sediakan susu untuk dia. Adik berbaring depan tv sambil menghisap susu dan aku bergegas menyidai kain..

"assalammualaikum..."terdengar suara ayah..
Cepat-cepat aku angkut besin kosong ke dalam bilik air. Tempatkan semula pada kedudukan asal.
Mak terus ke dapur meneguk secawan air , kemudian memeriksa lantai rumah..di kesat-kesat kaki dan jarinya ..


bersambung...

No comments:

Post a Comment