Monday, June 13, 2011

Part 5

Wahai hati tabahlah dikau. Suatu hari nasibmu akan berubah. Suatu hari mak dan ayah akan tahu anaknya inilah yang banyak berbakti. Hakikatnya mungkin anak sulung memang begini.
Banyak tangungjawab yang dibebani.Eh iye ke? Hmm....takpelah..apa boleh aku buat. Mereka orang tuaku. Mak yang melahirkan aku. Mungkin sudah tersurat, dugaan ini yang aku perlu tempoh.

Jam telah menunjukkan pukul 9.00 malam. Aku bingkas bangun mengerjakan solat isyak. Ku pohon agar aku dapat keluar dari bebanan emosi yang ku tanggung. Moga keputusan SPM bakal merubah nasib diriku. Selesai solat, ku capai buku sejarah. Salin nota berjela-jela sampai 4 muka surat buku nota panjang. Malam itu aku tidur jam 12.00 tengahmalam. Tidak sempat menyiapkan latihan matematik. Esok je la..tiru fizah ke..ida.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Alamak..lewat pula bangun. Jam dah menunjukkan pukul 7.00 pagi..hari ni ada perhimpuanan. Cepat-cepat masuk bilik air..jirus dua tiga gayung, gosok gigi, basuh muka dan menapak ke sekolah. Hai..memalukan. Aku ni pengawas , aku pula yang datang lewat. Tapi sebab pengawas aku tak lah didenda. Malu je lah pada rakan-rakan pengawas yang lain.

Bergegas aku meletakkan beg dalam bilik pengawas, kemudian..cewah lagak seorang pengawas, buat macam tak bersalah ambil tugasan menjaga barisan kelas yang ditetapkan di tapak perhimpunan.

"Assalammualaikum..hari ni kita akan umumkan kelas terkotor dan kelas terbersih, wakil kelas naik ke pentas untuk menerima hadiah "umum Cikgu Sabariah

Semua perlajar ternanti-nanti kelas manalah yang dinobatkan kelas terbersih. Kelas yang mendapat kelas terkotor tentu mendapat malu.

"Kelas terbersih pada minggu ini jatuh kepada kelas 5 Cergas! dan ketua kelas sila naik ke pentas untuk menerima hadiah.."

Bersoraklah kami kelas 5 Cergas kerana penghargaan itu. Memang bebudak kelas aku ni kreatif dan berinovasi. Maklumlah semuanya perempuan. Malu kalau dinobatkan kelas terkotor.
Pelbagailah amanat yang diberi oleh cikgu yang bertugas pada minggu ini supaya para perlajar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan sekolah. Para perlajar pun mulai gelisah, bercakap-cakap sesama kawan-kawan kerana matahari semakin naik. Amanat yang di umumkan ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Para pengawas, sibuk berjalan ke sana ke mari meminta perlajar-perlajar senyap dan menumpukan perhatian. Ada yang kisah, ada juga yang tak kisah. Aku pun jaga ni sebab tanggungjawab sebagai pengawas. Kalau aku di tempat mereka aku juga bosan.

Sesekali aku berjalan menjengok kelas 5 Sains tulin. Ada ke tak dia hari ni..tapi tak nampak pun batanng hidung dia..tak datang ke hari ni? Aku hanya nampak faizal dan protozoa.

Sedang aku asyik memerhati, Johnathon dan Vijay melintas di hadapan aku..huh...wajah aku dan hati aku yang layu berubah ceria. Hui...hensemnya Johnathon ni..bila dia tersenyum ke arahku lagi bertambah-tambah lah seri wajah aku.Ishh...gatalnya aku.

"Fizah...ida...siap tak keja matematik?pinjam jap.Aku tak sempat nak buat."
Lantas kedua-dua menyerahkan buku latihan matematik kepada aku. Wah beruntungnya aku dapat kawan macam ni. Sentiasa ada je bantuan ketika aku susah. Sebelum cikgu matapelajaran masa pertama masuk aku kena siapkan latihan ni.

Laju sahaja tangan aku meniru. Apa nak jadilah dengan aku ni. Sudahlah matematik ni aku lemah. Ah..lantak lah..janji aku tak dimarahi atau mendapat malu.

bersambung...









No comments:

Post a Comment